Leftenan Adnan

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya. Cikgu Amirul,cikgu Ridzuan,cikgu Anis dan cikgu Munshee. Saya Areeq Jafri dari sekolah SK Cochrane perkasa.Saya telah memilih Leftenan Adnan sebagai tokoh saya.Terima kasih juga kepada adik beradik saya dan ibu bapa saya kerana membantu saya dalam menyiapkan blog tentang Leftenan Adnan. 

LATAR BELAKANG 

 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, nama saya Muhammad Areeq Jafri bin Abdul Jalil. Lahir pada 6 Januari tahun 2008 di Selangor. Pada blog ini, saya ingin menceritakan tentang Sejarah Leftenan Adnan. Dimulakan dengan kisah Adnan semasa kecil yang lahir dan dibesarkan di Kampung Ramal, Kajang,Selangor. Ayah beliau dikenali dengan nama Pak Saidi dan ibunya bernama Milah. Pak Saidi dan Mak Milah telah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki yang bernama Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. 

PENGIKTIRAFAN
Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah Inggeris, Pekan Sungai Ramal namun banyak pandangan buruk yang telah dilontarkan terhadap Adnan sekeluarga yang belajar di sekolah pihak penjajah. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih namun beliau tidak berminat untuk bekerja sebagai seorang pendidik kerana beliau ingin menjadi seorang askar. Pada tahun 1933, Adnan yang berumur 18 tahun bersama beberapa orang rakannya telah melaporkan diri di Kem Regimen Askar Melayu. Kerana kesungguhnya dalam bertugas beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1937. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Setelah pulang dari London, beliau berkahwin dengan seorang guru dari kampunya bernama Sophia Pakih Muda.

Perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia dan ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Namun bayi perempuan itu telah meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan telah ditugaskan di Pasir Panjang dan telah membawa keluarganya bersama-sama ke Pasir Panjang. Namun apabila Perang Dunia Kedua Meletus,Leftenan Adnan telah menghantar keluarganya kemali ke kampung mereka di Kajang. Ini telah merupakan waktu cemas dan gentir bagi Leftenan Adnan dan isterinya.

 


Pertempuran di bukit candu bermula apabila Jepun datang ke tanah melayu memaksa tentera British berundur ke Singapura.Pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai pertempuran bukit candu.Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya.Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal Berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Pada tengah malam 14 Februari 1942 kompeni ‘C’ menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan bawah pimpinan Adnan. Leftenan Adnan memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir.

 

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,termasuk bom tangan dan senjata automatic. Dalam pertempuran yang berikutnya pengawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur namun menyuruh orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh. Musuh yang menang berjaya menawan Leftenan Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan jepun,Ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni.Tentera jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri.Tentera Jepun kemudiannya menikamnya dengan bayonet berkali-kali.

KESIMPULAN

Kita haruslah berani seperti Leftenan Adnan dan Kompeni C yang tetap berani melawan pihak Jepun hingga ketitisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan tidak berpeluru demi memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu walaupun tidak bersenjata. Kita juga perlu ada semangat cinta akan negara seperti Leftenan Adnan yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai guru untuk memasuki bidang ketenteraan untuk mempertahankan tanah air.


RUJUKAN 

http://komsas4.blogspot.com/

https://www.slideshare.net/tehaghiazz/leftenan-adnan

https://www.slideshare.net/SyazaSuraini/leftenan-adnan-plot

https://prezi.com/kmvgzdmox9e1/leftenan-adnan/

https://vdocuments.net/leftenan-adnan-56c6203f2bb5a.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Adnan_Saidi


Comments